Sunday, 16 October 2016

                            MEREKA DATANG DAN PERGI

"Uda jaga diri baik-baik ya di KL nanti. Kalau ada masalah hubungi kak ngah ya. Jangan lupa juga pesan arwah mak dan abah. Solat janga lupa" pesan Lina kepada adik bungsunya Tina.
      Semenjak kehilangan kedua ibu dan bapanya ketika berusia 17, Tina tinggal bersama kakak sulungnya di Kuala Selangor. Dia tetap tabah mengambil peperiksaan SPM walaupun sedang dilanda kesedihan yang amat memilukan dan berjaya peroleh keputusan yang cemerlang. Namun kini, Tina telahpun berusia 23 tahun. Dia kini bekerja sebagai pembantu peribadi kepada seorang usahawan berjaya di Syarikat Mulia Jaya. 


Image result for gambar pemandangan pantai waktu senja

          Pada hari pertama Tina memulakan kerjayanya, dia bertemu dengan Kak Sena iaitu rakan baik kepada kakak sulungnya, Huda. Sepanjang Tina memulakan hari pertamanya bekerja Kak Sena lah yang banyak membantu. Sampailah suatu hari, Tina dimarahi oleh orang atsannya kerana lalai dalam menjalankan tugasnya. Entah mengapa, air matanya mengalir laju bagaikan air sungai yang mengalir deras. Hampir seharian Tina mengurung diri didalam biliknya dan menangis. Tidak semena-mena dia teringat akan arwah ibu dan bapanya. Sempat dia mengimbas kembali detik-detik dia menerima khabar pemergian kedua ibu bapanya. 

6 tahun yang lalu,
          Pagi itu, Tina dan dua orang rakannya Fika dan Vida mengulang kaji pelajaran mereka bersama-sama di pondok kecil Mak Timah dan Pak Ali iaitu mak dan abah kepada Tina. Tina merupakan anak kepada nelayan di perkampungan kecil Pantai Minyak Beku, Batu Pahat, Johor.

Image result for gambar pemandangan pantai waktu senja          Sedang leka dia dan rakan-rakannya mengulang kaji pelajaran, Tina dipanggil oleh mak dan abahnya. Seperti biasa, Tina akan bersalaman dengan abahnya sebelum abahnya pergi ke laut untuk menagkap ikan. Tetapi anehnya, pada pagi itu Mak Timah juga pergi bersama Pak Ali ke laut. Sebelum pergi, Mak Timah sempat mengucup kedua belah pipi dan dahi Tina serta berkata " Tina jaga diri baik-baik ya nak, belajar rajin-rajin, solat jangan lupa dan dengar cakap kak long dan kak ngah ya." Habis saja kalimat itu diucapkan, Mak Timah terus saja berpaling dan menuju ke arah Pak Ali yang dari tadi menunggunya di basikal buruk mereka. Tina terkedu dan berasa aneh dengan kelakuan ibunya itu. Namun dia tetap bersangka baik dan meneruskan ulang kaji pelajaran bersama rakan-rakannya. 

          Hari semakin senja. Kedua orang rakan Tina pun sudah pulang. Namun, Tina masih menunggu kepulangan kedua orang tuanya itu. Dia berasa tidak sedap hati lalu menghubungi kakak sulungnya. "Kak Long! Mak dan abah belum balik dari laut. Adik risau." tanpa salam Tina mengadu kepada kak longnya. Huda yang terkejut dengan perlakuan adiknya itu menjawab "Kenapa ni adik, kenapa cemas sangat ni?" kemudian Tina menjawab "Mak dan abah belum balik dari laut. Adik risau kak long. Biasanya petang sudah pulang, ini sudah hampir insyak mereka belum kunjung pulang." adu Tina. "Tadi sebelum ikut abah kelaut mak peluk dan cium adik. Tak biasanya mak berpelakuan begitu." adu Tina lagi. Huda mula berasa resah dan turut risau. Namun dia tetap menenangkan adik bungsunya itu dan meyakinkan dia bahawa mak dan abah mereka pasti akan pulang tidak lama lagi.

          Keesokan harinya Tina dikejutkan dengan panggilan daripada Abang Udin, pemuda kampung itu. Tina juga dikejutkan dengan berita yang disampaikan oleh Abang Udin yang menyatakn bahawa mereka menemui mayat mak dan abahnya yang terdampar di tepian pantai. Tina rebah ke lantai. Lemah kaki nya tidak kuat berdiri. Sungguh dia tidak percaya akan berita yang didengarinya itu. Setelah beberapa minit, dia tabahkan diri untuk pergi melihat sendiri mayat keduan ibu bapanya itu. 
          
          Sekali lagi tubuh Tina longlai apabila melihat jenazah kedua ibu dan bapanya. Sungguh dia tidak percaya apa yang dilihatnya. Dia menangis dan meraung melihat janazah insan yang disayanginya itu kaku. Tina ditenangkan oleh penduduk kampung. Abang Udin menghubungi Huda dan Lina untuk menyampaikan berita tersebut kerana keadaan Tina yang tidak memungkinkan dia untuk menyampaikan berita itu kepada kedua orang kakaknya itu.

          Pada pagi itu, dengan segera Huda dan Lina pulang kekampung. Hati mereka sayu dan merisaukan keadaan adik bungsu mereka. Sampai sahaja di kampung mereka terus meluru mencari adik bungsunya itu. Mereka pilu melihat keadaan adik mereka menangis teresak-esak disamping jenazah kedua ibu dan bapa mereka. Mereka merapati adik mereka lalu memeluk erat tubuh itu. Mereka menenangkan Tina dan memberi laluan untuk orang kampung menguruskan jenazah ibu dan bapanya.

          Setelah beberapa hari di kampung menguruskan apa yang patut, Huda dan Lina kembali ke kota meneruskan tugas mereka. Tina pula teraksa berpindah ke rumah kak longnya  dan meneruskan kehidupannya seperti biasa namun berbeza dengan ketiadaan kedua ibu dan bapanya. 


No comments:

Post a Comment