Sunday, 16 October 2016

PANTUN JENAKA

Baju kebaya kain berbelah
Cantik dipakai berjalan keluar
Terburu-buru pergi sekolah
Rupa-rupanya lupa pakai seluar

Pergi ke kedai membeli gelang
Gelang dipadan dengan baju berbelang-belang
Isteri mati meninggalkan gelang
Suami mati meninggalkan hutang 

Image result for animasi lucu

Para pemuda bermain tombak
Tombak tertusuk lengan terasa pedih
Semasa hidup hutang berlambak
Masa nak bayar haaaa… pedih

Memang indah bunga selasih
Bila dipandang tiada jemu
Awak pergi lah mandi bersih-bersih
Sebersih cintaku kepadamu


No comments:

Post a Comment