PANTUN JENAKA
Baju kebaya kain
berbelah
Cantik dipakai
berjalan keluar
Terburu-buru pergi
sekolah
Rupa-rupanya lupa
pakai seluar
Pergi ke kedai
membeli gelang
Gelang dipadan
dengan baju berbelang-belang
Isteri mati
meninggalkan gelang
Suami mati
meninggalkan hutang
Para pemuda bermain tombak
Tombak tertusuk lengan terasa
pedih
Semasa hidup hutang berlambak
Masa nak bayar haaaa… pedih
Memang indah bunga selasih
Bila dipandang tiada jemu
Awak pergi lah mandi bersih-bersih
Sebersih cintaku kepadamu


