CERPEN: PERSAHABATAN ATAU PERCINTAAN
“Fikri janji
dengan Syah ya akan berkawan bersama Aisyah sampai bila-bila.”kata Aisyah
kepada Fikri. Fikri terus mengingati perbualannya bersama Aisyah sewaktu mereka
kecil pada suatu ketika dahulu. Fikri tersenyum sendiri. Disebalik senyuman
lelaki tu tersimpan kekecewaan yang lama terpendam di sudut hati. Mereka
merupakan jiran dan menjadi sahabat sewaktu mereka kecil lagi. Kemana-mana
mesti bersama seperti belangkas kata orang Melayu. Aisyah menganggap Fikri
sebagai abangnya kerana sikap Fikri yang selalu melindungi Aisyah dan kasih
sayang yang tiada noktahnya terhadap wanita itu.
Suatu hari
Aisyah mengajak Fikri untuk berjumpa di tempat biasa mereka bermain bersama
sewaktu mereka kecil dahulu. Aisyah kelihatan muram dan sedih. Fikri bingung
lalu bertanya pada Aisyah. “Syah, awak
kenapa? Muram sahaja saya lihat. Awak tidak sihat? Apa ada yang mengganggu
fikiran awak? Ada orang mengganggu awak ke?” bertubi tubi pertanyaan yang
dituju kepada Aisyah. Jelas kerisauan yang terpampar di wajah Fikri terhadap Aisyah.
“Saya ada perkara penting untuk beritahu awak, sukar untuk saya ungkapkan Fik.
Keluarga saya hendak berpindah ke Bandar pada hujung minggu ini. Saya sedih
kerana terpaksa meninggalkan sahabat baik saya. Fik, jangan lupakan saya ya
bila saya sudah pergi nanti, janji ya?” Aisyah menundukkan kepalanya kerana
tidak mahu Fikri melihatnya menangis. Fikri terpanah seketika kerana terkejut
dengan perkara yang diberitahu oleh Aisyah sebentar tadi. Dia terdiam sebentar
kerana tidak tahu untuk menjawab apa kepada kata-kata Aisyah sebentar tadi.
Fikri akui bahawa dia sedih kerana orang yang dia sayangi akan pergi
meninggalkannya.
“Hmmm, Syah jaga diri elok-elok ya di tempat orang. Jaga pergaulan Syah dan
cara pemakaian Syah. Aisyah masih budak lagi. Baru belasan tahun. Belajar
rajin-rajin ya.Fik akan selalu mengingati Syah dan persahabatan kita. Fik janji
yang Fik akan melawat Aisyah di sana. Tunggu kedatangan Fik ya” Kata Fikri
kepada Aisyah dalam nada yang sebak. Mereka berdua mendiamkan diri seketika
kerana kesedihan yang tidak dapat ditahan. Aisyah meminta diri untuk beredar
dari situ. Tinggallah Fikri keseorangan melayan perasaan sedih yang jelas
terpapar diwajahnya. Niat Fikri hendak memberitahu Aisyah tentang perasaannya
setelah sekian lama dia memendamkan perasaan sukanya terhadap gadis itu. Tetapi
belum sempat dia menyuarakan isi hatinya, dia diberitahu berita sedih yang
tidak dapat diterimanya. Dia akan kehilangan gadis yang dicintainya itu.
Pada hari yang ditetapkan tentang perkhabaran pemindahan Aisyah
sekeluarga ke Bandar, Fikri termenung sendiri. Dia tidak rela dengan permegian
gadis itu dan dia mengambil keputusan untuk tidak berjumpa Aisyah. Lama Aisyah
menunggu lelaki itu, tetapi Fikri tidak kunjung muncul. Dia berasa sedih dan
kecewa dengan sikap Fikri sejak kebelakangan ini. Lelaki itu mengelakkan diri
daripada bertemu dengannya. Dia tidak tahu mana salah dan silap dirinya
terhadap pemuda itu. Tiba-tiba ibunya memanggil “Aisyah, tunggu siapa? Mari,
kita sudah lewat. Fikri tidak datang bertemu kamu?” Tanya ibunya. Aisyah
menggelengkan kepala sambil menyeka air matanya. Dia tidak dapat menahan
kesedihan dan terus memeluk ibunya. “Sabar ya nak, barangkali Fikri sibuk.
Jangan sedih, mari kita pergi” lalu mereka sekeluarga meninggalkan kampung itu.
Fikri melihat Aisyah dari jauh di celah-celah pokok. Dia tidak mampu untuk
berjumpa dengan Aisyah. Semoga Aisyah tidak melupakannya. Desis hati pemuda itu.
10 tahun kemudian…
Setibanya
Aisyah disana dia memberi salam tetapi tiada seorang pun yang menjawab. Dia
memandang sekeliling halaman rumah kampung itu. Kosong seperti tiada orang di
situ. Fikri memerhati gadis yang membelakanginya yang berada di halaman
rumahnya itu. Dia baru pulang dari kebun bapanya. Dia menegur gadis itu
“Assalammualaikum, awak cari siapa ya?”sapa Fikri. Gadis itu menoleh dengan
garis senyuman yang tampak manis. “Waalaikumsalam Fik, ni Syah. Ingat lagi
tak?Awak Nampak sedikit cengkung Fik, kenapa ya? Awak sakit ke?” Tanya Aisyah
kepada Fikri. Fikri terasa dirinya dipanah petir dek terkejut dengan kedatangan
gadis yang sudah lama dirinduinya itu. Gadis itu Nampak berbeza dari mereka
kenal dahulu. Aisyah semakin cantik dan teserlah keayuaan gadis itu
berhijab.Dia tergagap hendak menjawab. “Aaaa…isyah? Saya sihat. Apa yang
membuatkan awak datang ke sini? Saya ingat awak sudah melupakan saya.”jawab
Fikri dengan perasaan yang sukar ditafsirkan.
Aisyah
tersenyum hambar dan berkata “Saya tidak pernah melupakan sahabat baik saya,
sampai hati awak tak jumpa saya ketika saya hendak berpindah dahulu dan tidak
datang melawat saya. Saya tunggu kedatangan awak di Bandar tetapi itu sekadar
mimpi sahaja. Saya tahu awak sudah melupakan saya.” jawab Aisyah tanda
kekecewaannya terhadap lelaki itu. Fikri menundukkan kepalanya tanda dia
menyesali kesilapannya dahulu kerana terlampau mengikut perasaan. Kini dia
berjaya melupakan perasaannya terhadap Aisyah, tetapi kehadiran wanita itu
membuatkan dia mengingati kenangan dahulu. Dia meminta maaf kepada Aisyah
kerana berpelakuan sebegitu. Dia menceritakan kisah sebenar tentang isi hatinya
terhadap wanita itu pada suatu ketika dahulu dan menjelaskan mengapa dia
menjauhi wanita itu. Dia akur akan kesilapannya. Kerana sikapnya, persahabatan
mereka semakin renggang. Aisyah terpanah seketika selepas mendengar
pengakuan Fikri kerana selama dia berkenalan dengan lelaki itu, Aisyah hanya
menganggap dia sebagai abang yang menjadi tempat mengadu dan berlindung
sahaja. Dia menyayangi Fikri seperti abangnya sendiri dan tidak menyangka Fikri
akan ada perasaan terhadapnya. Kini baru dia mengerti mengapa selama ini lelaki
itu menjauhkan diri daripadanya.
“Baru sekarang Syah faham. Jangan risau. Aisyah sudah lama maafkan Fik. Aisyah
harap kita boleh menjadi kawan semula.”Aisyah berkata sambil tersenyum manis.
Fikri berasa lega kerana Aisyah tidak memarahinya dan dia senang kerana dapat
berkawan dengan Aisyah kembali. “Mestilah Fik sudi. Terima kasih Aisyah. Fik
janji tidak mengulanginya lagi. Oh ya, Aisyah hendak beritahu Fikri tentang
perkara apa?” Tanya Fikri kepada Aisyah tentang tujuannya ke sini. Aisyah terus
memberitahu tentang hajatnya ingin menjemput Fikri tentang majlis
perkhawinannya yang akan berlangsung pada bulan hadapan. Fikri yang mendengar
tentang perkara itu senang hati kerana sahabatnya akan bernikah dengan jejaka
pilihan hatinya sendiri. Dia turut menumpang rasa gembira tentang perkhabaran
gadis itu, jujur di sudut hatinya dia sedikit kecewa tetapi dia harus berusaha
untuk membuang perasaan itu. Dia sangat menyayangi persahabatan mereka sehingga
dia terpaksa membuang kasih dan cintanya terhadap gadis itu. Benar kata orang,
perempuan dan lelaki tidak boleh berkawan kerana salah seorang pasti akan
menyimpan perasaan tetapi tidak Fikri, dia sanggup menggabaikan perasaannya
demi persahabatan mereka.
No comments:
Post a Comment